Semak kelayakan pelaburan KWSP anda
Lengkapkan maklumat asas di bawah untuk mendapatkan anggaran awal. Anda tidak perlu memasukkan nombor ahli KWSP, nombor kad pengenalan atau maklumat log masuk.
Ringkasan kelayakan anda
Perlukan penjelasan lanjut?
Berbincang dengan HRWA untuk memahami langkah seterusnya dan perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan pelaburan.
BINCANGKAN DENGAN HRWA MELALUI WHATSAPPBagaimana anggaran ini dikira?
Bagi ahli yang memenuhi syarat MIS dan berumur bawah 55 tahun:
Amaun minimum pelaburan melalui MIS ialah RM1,000. Jika anggaran kurang daripada jumlah minimum ini, anda belum mencapai ambang minimum berdasarkan maklumat yang dimasukkan.
Jadual Basic Savings KWSP 2026
Rujukan simpanan asas mengikut umur, berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Lihat jadual penuh umur 18 hingga 54 tahun
| Umur | Basic Savings | Umur | Basic Savings |
|---|
Maklumat penting sebelum meneruskan
Kelayakan dan pengesahan KWSP
Kalkulator ini memberi anggaran berdasarkan maklumat yang dimasukkan dan jadual Basic Savings 2026. Kelayakan sebenar, had pelaburan dan status ahli tertakluk kepada semakan KWSP melalui i-Akaun.
Ahli berumur 55 tahun dan ke atas
Kemudahan MIS yang menggunakan formula 30% ini adalah untuk ahli yang berumur bawah 55 tahun. KWSP mempunyai laluan berasingan iaitu Pengeluaran Umur 55/60 (Pelaburan), dengan syarat tersendiri. Kalkulator ini tidak mengira kelayakan bagi laluan tersebut. Sila semak syarat terkini dengan KWSP.
Simpanan Shariah dan pemilihan dana
Ahli yang memilih Simpanan Shariah hanya boleh melabur dalam dana unit amanah patuh Syariah yang disenaraikan oleh KWSP untuk MIS. Status Simpanan Shariah tidak mengubah pengiraan anggaran kelayakan dalam kalkulator ini.
Penafian
EPF-MIS Planner HRWA ialah alat pendidikan kewangan dan anggaran awal, bukan sistem rasmi KWSP, platform transaksi atau pengesahan kelayakan. Maklumat dan jadual rujukan boleh berubah. Pelaburan unit amanah melibatkan risiko dan nilai pelaburan boleh meningkat atau menurun. Semak syarat KWSP serta dokumen rasmi dana sebelum membuat keputusan. Alat ini bukan pengganti nasihat kewangan yang mengambil kira keadaan individu.